top of page

Bazar Ramadan dengan SOP di La Promenade

Pusat Beli-belah Ingin Sediakan Tempat Dagangan Paling Selamat Untuk Manfaat Semua

Kuching: La Promenade Mall yang terletak di Lebuh Raya Kuching-Samarahan akan menganjurkan Bazar Ramadan dengan standard kebersihan dan keselamatan yang tinggi.


La Promenade Mall akan melaksanakan langkah-langkah yang lebih ketat daripada apa yang diperlukan untuk memastikan platform perniagaan yang paling selamat bagi semua.


Setiap peniaga dan pekerja mesti menjalani saringan PCR dan mencatatkan keputusan negatif tiga hari sebelum bazar dibuka pada 13 April.


Pas khas akan disediakan dan pemeriksaan dijalankan di pintu-pintu masuk untuk memastikan pas-pas tidak disalahgunakan. Setiap gerai hanya boleh membenarkan tiga orang di dalamnya.


Gerai juga akan diletakkan lebih jauh daripada jarak minimum dua meter yang diwajibkan di dalam garis panduan kerajan.


Pusat beli-belah itu juga akan menggunakan pengawal keselamatannya sendiri untuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi peniaga dan pengunjung gerai.

“Kita akan melaksanakan dasar toleransi sifar. Selain itu, pusat beli belah ini menggalakkan Majlis Perbandaran Kota Samarahan untuk membuat pemeriksaan mengejut, yang akan mempertingkatkan lagi langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil oleh semua orang,” kata Pengurus Penyewaan Kanan Trish Lui.


“Sesungguhnya, kita mahu peniaga dan pelanggan menjalankan perniagaan dengan fikiran yang tenang. Kita tidak mahu sesiapa rasa tidak selamat. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HSL sendiri akan bekerja rapat dengan pasukan keselamatan kami.


“Kita juga akan berhati-hati berhubung faktor-faktor lain. Berhubung kebersihan, kita mahu bazar kita memiliki lantai kering. Perkara kecil seperti itu banyak menyumbang kepada kebersihan.”


Bazar ini akan dibuka di atas sebuah tapak yang lebih besar daripada satu ekar, dan makan di tapak tersebut tidak dibenarkan.


Peniaga diwajibkan memakai pelitup muka, perisai muka, sarung tahun dan apron. Bazar berkenaan akan dibahagikan kepada zon-zon, dengan keutamaan diberikan kepada kemudahan seperti pembersihan, manakala premis-pemis disanitasi setiap hari.


“Peniaga harus mendaftar awal sekarang untuk menjalankan perniagaan Ramadan di La Promenade Mall. Lebuh Raya Kuching-Samarahan yang sibuk, kebersihan kita dan kemudahan meletak kereta harus diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang baik,” kata Lui.


La Promenade Mall dibuka pada Januari tahun ini. Ia merupakan sebuah ruang komuniti dengan dasar “sokong perniagaan tempatan” yang kuat.

Penyewa-penyewa termasuk Taka Patisserie, Choice Supermarket, NOMS, Hock King Authentic Chicken Rice, Black Bean Coffee & Tea.


Pada pertengahan tahun, pusat beli-belah ini akan menjadi tempat baharu bagi enam badan kebajikan termasuk Hope Place, Sarawak Women for Women Society, Bodhi Counselling dan Helping Hands Penan.


Pusat beli-belah ini juga sedang dalam proses memohon permit bagi Bazar Petani Hujung Minggu.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013 836 5566 atau layari @lapromenademall di media sosial. Maklumat boleh dilayari di hsl.com.my dan @hslcn.

Comments


bottom of page